Saturday, August 6, 2016

Teks: Noor Hasyimah Binti Idris


Alhamdulillah... syukur kerana diberi peluang bernafas hari ini. Walaupun semalam harian saya sangat padat seawal pagi bergerak dari Teluk Intan ke Sungai Buloh demi memenuhi satu majlis ilmu yang sangat baru.

Percaya atau tidak walaupun saya adalah pegawai it di tugasan hakiki saya namun ilmu saya masih cetek untuk berblog. Dan kesempatan satu hari yang panjang semalam adalah pengalaman baru dalam hidup saya belajar sesuatu yang baru adalah berblog. wow! nampak macam jakun dan kuno kan. tapi itulah hakikat saya.

Bersama suri rumah dan jemaah business sealiran dengan saya banyak yang saya dapat simpulkan. Terima qaseh tak terhingga kepada Cikgu Anys atas ilmu yang dicurahkan semalam. sekarang ni saya yakin dan percaya kuasa minda dan menulis adalah berada di dalam genggaman kita . dan moga moga dengan ada ilmu baru ini saya mampu melakukan lebih banyak perkongsian yang manfaat tak kira apa juga bidang dan ilmu. Dan saya juga berhasrat dengan ilmu yang ada ini saya boleh turun dan sebarkan kepada tim hebat saya yang sama sama ingin menjadi pahlawan ekonomi abad ini.

Friday, August 5, 2016

Tentang Saya

Teks: Noor Hasyimah Binti Idris
Foto: Noor Hasyimah Binti Idris

Assalamualaikum.

SALAM PENGENALAN 

blog panduan penyusuan susu ibu  masih lagi dalam pembangunan.insyaallah segala ilmu penyusuan saya akan  kongsikan bersama semoga ianya bermanfaat untuk semua.